How To Download The Song?

Just click on the song title. Then you will be redirected to where the files were hosted.




Lot of Visitors

Wednesday, November 10, 2010

Ijazah Palsu, Fazley Letak Jawatan

Downloads free MP3,Muat turun lagu Mp3 percuma,lagu melayu,lagu rock,indie,r&b,lagu nasyid,carta era,free mp3 downloads,free lyrics,lagu popularKlik pada tajuk lagu untuk muat turun/click the song title to download....Terima kasih kerana menyokong http://klik-mp3s.blogspot.com/

Ijazah Palsu, Fazley Letak Jawatan

PETALING JAYA: Penyanyi Fazley Yaakob (gambar) membuat keputusan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif, Fazley International Collage (FIC) ekoran pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berhubung kelayakan akademik penyanyi itu.

Fazley menerusi akaun Twitter miliknya berkata, peletakan jawatan itu semata-mata untuk menjaga hubungan baik FIC dengan University of Wales, United Kingdom.

“Betul... saya telah meletakan jawatan demi hubungan baik dengan Wales (University of Wales),” katanya, Rabu.

Dalam Twitter berkenaan Fazley turut menjelaskan dia akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam waktu terdekat selepas segala perbincangan dilakukan dengan Ahli Lembaga Pengarah FIC dan juga peguamnya.

Peletakan jawatan Fezley itu dibuat apabila University of Wales menggantung kerjasama dengan FIC selepas penyanyi itu dikatakan mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

Laporan BBC turut menyebut Fazley mendakwa mempunyai kelulusan daripada European Business School tetapi ia sebenarnya adalah palsu.

University of Wales telah menandatangani perjanjian dengan FIC pada tahun 2007 dan terpaksa menggantung hubungan berkenaan sehingga satu siasatan dijalankan.

Fazley dalam kenyataannya kepada akhbar Kosmo, Rabu berkata dia sudah lama tidak menggunakan gelaran Dr selepas mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan tempat dia menerima ijazah berkenaan.

source:http://www.mstar.com.my/hiburan

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails