How To Download The Song?

Just click on the song title. Then you will be redirected to where the files were hosted.




Lot of Visitors

Sunday, March 20, 2011

Kris Dayanti nikah hari ini


Downloads free MP3,Muat turun lagu Mp3 percuma,lagu melayu,lagu rock,indie,r&b,lagu nasyid,carta era,free mp3 downloads,free lyrics,lagu popularKlik pada tajuk lagu untuk muat turun/click the song title to download....Terima kasih kerana menyokong http://klik-mp3s.blogspot.com/

JAKARTA: Diva Indonesia, Kris Dayanti dan kekasihnya Raul Lemos menyempurnakan kisah percintaan mereka dengan ikatan pernikahan pada satu majlis yang sederhana di Masjid Sahid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya, Jalan Sudirman, Jakarta Pusat, hari ini.

Mereka dinikahkan bapa Kris, Trenggono dengan disaksikan oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Tri Sutrisno yang mewakili Kris dan Arif Abdullah Saga, wakil Raul. Selesai akad nikah, pasangan pengantin baru itu terus mempamerkan kemesraan melalui kucupan bibir di hadapan para tetamu.


Ini adalah pernikahan bagi pasangan itu setelah rumah tangga kedua-dua mereka sebelum ini gagal.

Kris adalah bekas isteri penyanyi dan komposer ternama Anang Hermansyah, manakala Raul, seorang usahawan dari Timor Leste pula gagal dalam rumah tangganya sebelum ini dengan Silvalay Noor Athalia atau mesra dengan panggilan Atha.


Kisah percintaan Kris dan Raul diwarnai dengan pelbagai halangan kerana sebelum bercerai dengan Raul, Atha pernah melemparkan tuduhan bahawa Kris adalah perosak rumahtangganya, namun halangan itu berakhir setelah Raul sah bercerai dengan Atha pada 21 Disember tahun lalu.





"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Harapan dan doa saya rumah tangga saya kali ini akan lebih rukun dan damai serta dirahmati Allah," kata Kris pada sidang akhbar bersama suaminya sejurus selepas majlis pernikahan. Pasangan mempelai itu juga menemui orang tua masing-masing untuk mendapatkan restu. Ibu Raul, Esmeralda yang kini menetap di Lisbon, Portugal turut hadir memberi restu kepada anak dan menantunya.

read more...






No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails